Super Simple
DairyShoutAboutLinks

________________________________________________________________________________________
Tuesday, October 22, 2013 | 6:19 PM | 0 Atasinchi
Assalammualaikum..

Selamat pagi kepada semua, hari ni aku awal pulak pergi kerja 0820am aku dah sampai, tapi office buka pukul 0930am. Actually hari ni turn aku kena pergi embassy,  submission visa untuk client.  So dalam kebuntuan idea nak buat apa, aku updates la entry ni..hewhew

DALISHA, yes..bagi yang tau fb aku, memang kadang-kadang aku ada post pasal dalisha aku tuh, dalisha tu sebenarnya nama group..  tertubuh masa form 6 dulu, almaklumlah.. kitorg ni gedik melampau masa tu, siap ada nama group bagai.. haha, tapi jadi ikutan tau, ada pulak mereka-mereka yang tubuh group lain waktu tu, btw.. let's em' be.. hewhew..

DALISHA stand for:

Leeda, Lily, Shakila, Amirah..dulu kitorang ada 5 orang, yang sorang lagi tu amelia, tapi sejak dia menjauhkan diri, kitorang pon tinggal berempat (tak gado-gado ye, harap maklum, jangan nak gossip lebih-lebih, nambahkan dose je tu) hewhew..

Sebabkan addicted sangat dengan Dalisha ni, kitorang pon tubuhkan blog atas nama dalisha..dalam tu ada profile kami, cerita dan activity kitorang..tapi jarang updates,  yelah..masing-masing dah ada kerjaya sendiri.. Amirah pon dah jauh, sambung degree kat kuching,. Tapi still ada lepak-lepak sama, cuma kadang-kadang aja.

Bagi mengelakkan kitorang berjauhan dan buat hala tuju sendiri, kitorang ada buat sedikit planning,  iaitu.. setiap 1 kali setahun, kitorang akan pergi melancong, yeayy!! Tak kiralah jauh atau dekat, kitorang akan Hangout untuk 2 ke 3 hari, sekarang dah tahun kedua kitorang bercuti, tahun pertama kitorang menginap di condominium a'famosa selama 3 hari, dan tahun kedua kitorang menginap di executive pool Villa di Grand Lexis port dickson, insyaallah next year kitorang akan ke pulau redang untuk 3 hari, amin.

Memang best ada group ni, tapi mudah-mudahan berkekalan selamanya, bagi mengurangkan jurang antara kitorang, wechat atas nama DALISHA turut ditubuhkan.

Pesanan saya, berkawanlah semasa susah dan senang, kawan biar berjuta, musuh jangan dicari (eh,macam salah je ayat aku tuh?). Korang ada group kawan dari sekolah? Kalau ada, sekarang masih berhubung atau dah buat hal masing-masing? So, ambillah tips sedikit sebanyak yang aku coretkan tadi, luangkan masa sedikit sebanyak, setahun sekali pon dah memadai.. sekian dari saya lilycms. Cauu!
PAST



_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla !
You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Owner : LiLy CM's