Super Simple
DairyShoutAboutLinks

________________________________________________________________________________________
Tuesday, October 22, 2013 | 6:19 PM | 0 Atasinchi
Assalammualaikum..

Selamat pagi kepada semua, hari ni aku awal pulak pergi kerja 0820am aku dah sampai, tapi office buka pukul 0930am. Actually hari ni turn aku kena pergi embassy,  submission visa untuk client.  So dalam kebuntuan idea nak buat apa, aku updates la entry ni..hewhew

DALISHA, yes..bagi yang tau fb aku, memang kadang-kadang aku ada post pasal dalisha aku tuh, dalisha tu sebenarnya nama group..  tertubuh masa form 6 dulu, almaklumlah.. kitorg ni gedik melampau masa tu, siap ada nama group bagai.. haha, tapi jadi ikutan tau, ada pulak mereka-mereka yang tubuh group lain waktu tu, btw.. let's em' be.. hewhew..

DALISHA stand for:

Leeda, Lily, Shakila, Amirah..dulu kitorang ada 5 orang, yang sorang lagi tu amelia, tapi sejak dia menjauhkan diri, kitorang pon tinggal berempat (tak gado-gado ye, harap maklum, jangan nak gossip lebih-lebih, nambahkan dose je tu) hewhew..

Sebabkan addicted sangat dengan Dalisha ni, kitorang pon tubuhkan blog atas nama dalisha..dalam tu ada profile kami, cerita dan activity kitorang..tapi jarang updates,  yelah..masing-masing dah ada kerjaya sendiri.. Amirah pon dah jauh, sambung degree kat kuching,. Tapi still ada lepak-lepak sama, cuma kadang-kadang aja.

Bagi mengelakkan kitorang berjauhan dan buat hala tuju sendiri, kitorang ada buat sedikit planning,  iaitu.. setiap 1 kali setahun, kitorang akan pergi melancong, yeayy!! Tak kiralah jauh atau dekat, kitorang akan Hangout untuk 2 ke 3 hari, sekarang dah tahun kedua kitorang bercuti, tahun pertama kitorang menginap di condominium a'famosa selama 3 hari, dan tahun kedua kitorang menginap di executive pool Villa di Grand Lexis port dickson, insyaallah next year kitorang akan ke pulau redang untuk 3 hari, amin.

Memang best ada group ni, tapi mudah-mudahan berkekalan selamanya, bagi mengurangkan jurang antara kitorang, wechat atas nama DALISHA turut ditubuhkan.

Pesanan saya, berkawanlah semasa susah dan senang, kawan biar berjuta, musuh jangan dicari (eh,macam salah je ayat aku tuh?). Korang ada group kawan dari sekolah? Kalau ada, sekarang masih berhubung atau dah buat hal masing-masing? So, ambillah tips sedikit sebanyak yang aku coretkan tadi, luangkan masa sedikit sebanyak, setahun sekali pon dah memadai.. sekian dari saya lilycms. Cauu!
________________________________________________________________________________________
Friday, October 18, 2013 | 9:46 PM | 0 Atasinchi
Assalammualaikum

Selamat pagi Malaysian!! yes, walaupon cerita ni dah agak basi untuk diceritakan, tapi aku rasa, ianya agak penting untuk dikongsi sebagai pengajaran..

Al-kisahnya macam ni, minggu lepas ada seorang customer ni datang, actually customer ni warga India, dia nak pergi Singapore untuk melawat anak dia, nak dijadikan cerita, dia nak mohon Visa untuk masuk ke singapore, Oke..untuk yang non-malaysian passport MESTI buat visa kalau nak masuk Singapore tau, Malaysian passport tak payah buat Visa kalau pergi Singapore, tapi kalau dah lebih 30hari, memang kenalah apply visa, kau dah kenapa sibuk nak susah-susah dok negara orang lama-lama kan kan, (by the way, suka hatilah nak dok lama-lama, yang kau nak semak-semak memekak dah kenapa anak kak ton nih)....

**Notes: Korang kena bersyukur tau jadi Malaysian Passport holder, sebab banyak negara yang kita tak payah nak susah-susah apply Visa, kena apply kalau korang nak extend lebih then 30 days aje... 

Antara negara-negara yang Malaysian Passport kena apply Visa ialah:
  • Middle East
  • India
  • Arab Saudi
  • China


So semoga korang berbahagia untuk berjalan-jalan tanpa apply visa, susah nok nak apply visa, tambah-tambah karenah embassy yang nak itu ini, letter sana sini, leceh betul.. so korang kenalah bersyukur sebab tak terjebak ke kancah yang semak samun ni.. (alhamdulillah..)

Jadi, berbalik ke motip asal cerita aku, pakcik yang nak apply visa nih, TAK TAHU berbahasa melayu, english dan lain-lain, yang dia tahu, just bahasa tamil..., Omagoshh, takkan aku nak berbahasa tamil? Ohh..masak aku, berbahasa isyarat aku hari tu, yang sengalnye, pakcik tu buat bahasa rojak, english + tamil + body language ....OMOOOO..... 



Mula-mula aku tak tahulah pulak pakcik ni tak tau english dengan malay, sebab..kebanyakkan warga india yang aku jumpa, semuanya pandai berbahasa melayu, walaupon bunyi agak pelik sedikit, tapi still boleh paham kan..so, aku pon dok cerita-cerita, dia kena bawak document sekian-sekian, then dia tenung je muka aku, lepas tu angguk-angguk dengan confident, aku ingat dia paham, so aku pon sambunglah kerja aku balik, sebab dah explain segala apa document yang dia kena ada untuk apply visa.. tapi, hampir 10min dia duduk je depan aku, aku pon jadi pelik, dah apasal pulak pakcik ni, ada gam ke punggung dia? kan aku dah bagi tau apa document yang nak kena bawak, asal dia tercanggak lagi kat sini ni? (aku pon mulalah pelik semacam, pakcik ni betul ke tak ni..tersengeh-sengeh macam kerang busuk pulak..), kalau korang pon, mesti pelik kan.. aigoossshhhh

Untuk sedapkan hati aku yang gundah gelana ni, aku pon senyum kat pakcik tu.. "yes?" ...pastu baru dia bagi respond... "Singapore,Singapore...&#^*%#^&* (bahasa tamil dia dah keluar sekali, hambik kau) ".... aku dah,.. (pulak dah...apasal pulak pakcik ni cakap tamil ni, muka aku macam india ke?..sob sob)  "can you speak in English?" ... pakcik tu tercenggang balik.... aku pon mulalah format tadika perpaduan... "english,english.." sambil buat bahasa isyarat macam bercakap... Haaa...barulah pakcik tu paham, dia pon geleng kepala dia 90 darjah... (hallamak, nak cakap macam mana ni..) "Malay, malay?" dengan insyarat yang sama aku buat tadi... tapi dia still geleng-geleng... Ya Tuhan, dua bahasa je aku pandai,,..camno pulak aku nak explain ni,.. dalam kebingungan, ada pulak customer lain yang masuk... aku pon senyum lebar sampai ke cuping telinga..sebab apa tau, sebab customer yang masuk tu, Malaysian yang berbangsa india, yes, yes aku boleh mintak dia jadi translator free kejap.. haha...

Nasib baik customer yang baru masuk tu, sporting dan baik hati, jadi dia bantu pakcik tu translate..haa, mudah sikit buat kerja...yang kesiannya, anak pakcik tu kerja kat Singapore, tapi anak dia tu sakit, jadi pakcik ni nak pergi melawat anak dia, tapi pakcik ni datang Malaysia untuk bekerja, untuk apply visa, pakcik ni kena minta majikan tuliskan surat untuk mengesahkan yang pakcik ni bekerja di Malaysia dan nak pergi ke Singapore untuk melawat anak beberapa hari, masalahnya..pakcik ni nak pergi keesokan harinya, tempat dia bekerja dekat nun di Gemencih sana, memang susah dia nak ulang alik ke Seremban, sebab jauh.. kesian pulak aku tengok, akhirnya, pakcik tu buat keputusan nak balik india..Tiruchirappalli .. kesian pakcik tu tak dapat lawat anak dia..tapi susah jugak, sebab kalau pakcik tu ke Singapore, lagi susah dia nak communicate.

Pengajaran kat sini, belajarlah seberapa banyak bahasa yang boleh, tak rugi kalau kita tahu pelbagai bahasa, sekurang-kurangnya kita tidak mudah ditipu, kes pakcik tadi memang bahaya, sebab orang macam pakcik tu memang senang ditipu, so tingkatkan pengetahuan bahasa kita, tak hebat sangat tak apa, janji tahu basic pun dah memadai, at least boleh berinteraksi dengan orang lain.. yang penting Confident! yes..

Salam takziah dari saya lilycms.. kalau ada terkasar bahasa dan terguris hati bagi yang membaca entry saya ni, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. terima kasih :)
PAST



_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla !
You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Owner : LiLy CM's